Thursday, October 9, 2008


Ahli Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

"Saya yakin dari segi pencalonan, saya cukup. Saya juga perlu bekerja keras bagi memastikan saya layak.

"Dan kelmarin di Kedah, saya mendapati sokongan masih bersama dengan saya dan hari ini saya akan ke Kelantan dan Terengganu untuk melihat adakah saya diterima oleh akar umbi di sana," katanya.

Mengenai peluangnya untuk memang, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun dan Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkata, agak terlalu awal untuk diperkatakan sekarang.

"Peluang untuk menang tidak boleh diagak-agak kerana masih terlalu awal. Lagi pun yang bertanding ini masing-masing ada kekuatan tersendiri," katanya dalam laporan Bernama.

Beliau berkata jawatan ketua Pemuda bebas ditandingi sesiapa sahaja sekiranya layak dan mempunyai cukup pencalonan.

"Seingat saya, dahulu pun ada pertandingan yang melibatkan lima atau enam penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda.

Amalan demokrasi
"Pertandingan ini tiada had dan ia juga menunjukkan wujudnya amalan demokrasi dalam parti. Tapi saya tetap bersedia berdepan dengan sesiapa pun.

"Saya kira tiada lagi yang akan mengumumkan untuk bertanding dan jika ada pun mereka ini perlu mengumumkan sebelum mesyuarat Pemuda tapi jika banyak yang menawar diri (bertanding) pun tidak apalah sebab akar umbi akan ada pilihan untuk memilih," katanya.

Selain Mukhriz, bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Ketua Pemuda yang juga ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ketua Umno Bahagian Padang Besar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin juga mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding jawatan itu.

Mereka turut menyatakan keyakinan masing-masing akan memperoleh pencalonan yang mencukupi hasil usaha turun padang bertemu akar umbi serta bersedia menghadapi sesiapa sahaja bagi merebut jawatan itu.

Penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan tidak mempertahankan jawatan tersebut selepas 10 tahun menyandangnya. berani berubah!!!

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP