SELAMAT HARI RAYA

Tuesday, September 15, 2009



PEMUDA UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Read more...

Isu kuil di Seksyen 23: Bekas MB dedahkan apa yang telah dipersetujui sebelum ini

Saturday, September 5, 2009

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah memperuntukkan tapak untuk membina rumah ibadat bukan Islam di Seksyen 18 dan tapak alternatif di Seksyen 22 di sini pada tahun 2006.

Tapak itu katanya, berjauhan daripada kawasan kediaman yang membolehkan kegiatan agama dijalankan 24 jam tanpa menganggu orang-ramai.

Dr Khir berkata, semua pihak bersetuju dengan penawaran tapak seluas 0.92 hektar itu yang dapat menampung pembinaan tujuh rumah ibadat.

Beliau menjelaskan, memang dari dahulu lagi penduduk di Seksyen 23 tidak setuju dengan cadangan tapak menempatkan rumah ibadat bukan Islam di kawasan mereka.

Sebab itulah katanya, kerajaan negeri telah memilih satu kawasan yang agak jauh dari kediaman dan dipersetujui oleh semua pihak tetapi malangnya mereka yang bersetuju dengan keputusan itu berubah fikiran selepas mendengar janji-janji daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

"Tapak baru tersebut telah pun siap dibangunkan dengan kemudahan asas seperti jalan raya dan lampu jalan dengan kos sebanyak RM600,000 tetapi selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan, tiba-tiba apa yang telah dipersetujui itu bertukar," katanya kepada pemberita di tapak berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata, jika persetujuan tidak dicapai mana mungkin kerajaan negeri membina kemudahan infrastruktur seperti jalan dan tiang lampu di situ.

"Tetapi sebaik siap pada tahun 2007, mereka enggan berpindah begitu juga dengan tapak di Seksyen 22,” kata Dr Khir.

Malah tegasnya, tuduhan bahawa kerajaan negeri sebelum ini tidak prihatin dengan keperluan penganut bukan Islam adalah tidak betul dan mereka yang membuat dakwaan tersebut memang berniat jahat kerana tapak untuk menempatkan rumah ibadat sebenarnya telah disediakan oleh kerajaan dahulu. Dr Khir turut menjelaskan, lokasi di Seksyen 18 itu juga tidak jauh dari Seksyen 23 iaitu hanya kira-kira tiga kilometer sahaja dan tidak menganggu orang-ramai.

“Apa yang telah kita peruntukkan inilah yang terbaik malah di sini kedudukannya tidak berdekatan dengan perumahan jadi aktiviti keagamaan boleh dilakukan 24 jam tanpa sebarang gangguan,” katanya lagi.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP