Karpal Naik Angin Lempar Perkataan "Celaka" Kepada Pemuda UMNO...............( celaka ko karpal!)

Wednesday, February 25, 2009


Kuala Lumpur -- Pengerusi DAP, Karpal Singh seperti naik angin di Dewan Rakyat apabila melemparkan perkataan "celaka" kepada Pemuda UMNO.

Keadaan itu telah menyebabkan beberapa orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) segera bangun meminta supaya Karpal menarik balik perkataan itu.

Akur dengan desakan Karpal akhirnya menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda UMNO setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut laporan Bernama ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.

"Barangkali ini jadi satu rekod dalam dunia," katanya.

Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini," katanya menyebabkan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh menyatakan sedemikian tanpa bukti.

"Pemuda UMNO ini celaka. Jangan ganggu saya," katanya meneruskan perbahasan sebelum keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan perkataan itu lagi.

"Bukit Gelugor boleh teruskan ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini sepatutnya tidak dipakai YB," kata Wan Junaidi.

Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama terhadap Pemuda UMNO tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh Wan Junaidi.

"Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King," kata Karpal mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.

Dalam perbahasannya itu, Karpal juga merujuk kenyataannya sebelum ini mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan bahawa beliau kini menerima Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang.

Dr Mohd Puad kemudiannya mencelah menyatakan kenapa Karpal takut kepada Permatang Pauh (Anwar) manakala Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata Pengerusi DAP itu tidak ada taring.

Read more...

Senarai Nombor Calon Bagi Jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia:

Tuesday, February 24, 2009

1. Abdul Fattah Bin Abdullah - Cameron Highlands (02)
2. Rami Bin Simbok – Puchong (01)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PEMUDA

1. Muhammad Yadzan Bin Mohammad - Tanjong Malim (01)
2. Osman Bin Ahmed – Sipitang (05)
3. Kamarudin Bin Hj Hassan – Segambut (06)
4. Jaigani Bin Jaafar – Sembrong (04)
5. Syed Azmi Ahmad Bin Syed Nazir Ahmad – Tanjong (03)
6. Mohamad Radhi Bin Abdullah - Kelana Jaya (02)

KETUA PEMUDA

1. Mukhriz Bin Mahathir - Kubang Pasu (01)
2. Mohamad Khir Bin Toyo - Sungai Besar (02)
3. Khairy Jamaluddin Abu Bakar – Rembau (03)

NAIB KETUA PEMUDA

1. Razali Bin Ibrahim – Muar (01)
2. Reezal Merican Bin Naina Merican - Kepala Batas (02)

AHLI JAWATANKUASA PEMUDA

1. Mohd Anis Hisham Bin Abd Aziz - Kuala Selangor (48)
2. Rosli Bin Hasan - Bukit Katil (37)
3. Zakaria Bin Dullah - Simpang Renggam (56)
4. Mohamed Suffian Bin Awang – Kuantan (30)
5. Norizan Bin Ali – Kepong (34)
6. Tengku Azman Bin Tengku Zainol Abidin - Bukit Bintang (06)
7. Mohd Afandi Bin Yusoff - Rantau Panjang (27)
8. Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak – Jerantut (47)
9. Muhammad Khairun Bin Aseh – Putrajaya (50)
10. Marzuki Bin Yahya – Bagan (62)
11. Mohamed Hazali Bin Abu Hassan - Kuala Selangor (53)
12. Mohd Gasing Bin Saling – Kalabakan (25)
13. Ahmad Zaki Bin Zahid – Putrajaya (38)
14. Sohaimi Bin Shahadan – Selayang (55)
15. Mohd Najib Bin Mohd Isa - Telok Kemang (29)
16. Zubir Bin Zabidi - Alor Star (02)
17. Anuar Bin Safian - Kubang Kerian (13)
18. Mohamad Iruan Bin Zulkefli – Lenggong (58)
19. Nixon Bin Abdul Habi – Semporna (35)
20. Mohd Hisamudin Bin Yahaya – Putrajaya (42)
21. Azizul Nizam Bin Bidin – Merbok (26)
22. Norman Bin Zahalan - Bayan Baru (05)
23. Syahrin Bin Md Jamaludin – Tebrau (64)
24. Aziaan Bin Ariffin - Balik Pulau (31)
25. Lokman Noor Bin Adam - Shah Alam (20)
26. Mohamad Sazali Bin Kamilan - Lembah Pantai (36)
27. Saiful Ismail Bin Saaya - Kuala Kangsar (32)
28. Ahmad Bin Darus -Kepala Batas (17)
29. Khalid Bin Mohamed - Johor Bahru (54)
30. Novandri Bin Hasan Basri - Bukit Gelugor (08)
31. Nadziruddin Bin Mohamed Bandi - Telok Intan (04)
32. Ung Md Salleh Bin Ung Abd Jamal – Serdang (57)
33. Ali Mazat Bin Salleh – Kulai (10)
34. Megat Zulkarnain Bin Omardin – Gombak (11)
35. Zainuri Bin Zainal – Klang (43)
36. Akhramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi – Langkawi (18)
37. Asri Bin Abdul Rahman – Selayang (39)
38. Ahmad Izany Bin Mohd Nor – Seremban (01)
39. Lob Mahadir Bin Abdul Shukur - Shah Alam (15)
40. Ahmad Suhairi Bin Ahmad Hariri - Shah Alam (61)
41. Faizal Bin Tajuddin - Pasir Salak (52)
42. Mohasdjone @ Mohd Johari Bin Mohamad – Besut (40)
43. Fakhrul Zafran Bin Absl Kamarul Azman - Gelang Patah (60)
44. Mohd Anuar Bin Mohammad Nor – Marang (63)
45. Mohd Fairuz Bin Mohd Sakirin – Klang (65)
46. Mohd Husaimi Bin Hussin – Besut (19)
47. Tun Faisal Ismail Bin Aziz – Putrajaya (12)
48. Mohd Azmi Bin Hamzah - Kota Raja (21)
49. Mohamad Nazim Bin A Samad - Kota Melaka (51)
50. Mohd Zamri Bin Mohd Idrus - Pasir Gudang (24)
51. Nazir Hussin Bin Akhtar Hussin – Titiwangsa (46)
52. Shafiqurrahman bin Haji Shamsuddin – Kuala Kedah (09)
53. Hamunir Bin Hamzah – Kangar (59)
54. Mohd Faiz Bin Mohd Raih – Setiawangsa (16)
55. Zamri Bin Zainol Abidin - Pokok Sena (22)
56. Mohd Amin Bin Hamidon @ Hampon – Pengerang (23)
57. Jasni Bin Shafie - Padang Terap (33)
58. Nor Hazaimi Bin Hamzah - Bukit Bendera (41)
59. Bahrul Razha Bin Chuprat - Kota Kinabalu (49)
60. Jamawi Bin Jaafar – Tenom (28)
61. Mohd Zaidi Bin Ilamdin - Kelana Jaya (14)
62. Shamsudin Bin Md Saad – Jerlun (07)
63. Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii – Seputeh (45)
64. Mohd Johari Bin Abu Bakar - Hulu Terengganu (03)
65. Kamarol Bin Salleh - Pokok Sena (44

Read more...

Khalid Ibrahim akan di dakwa?

Sunday, February 22, 2009


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Katanya, perkara itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Kita akan cadangkan tindakan undang-undang dan sebagainya diambil memandangkan kita mempunyai bukti yang kukuh terdapat penyalahgunaan kuasa bagi kedua-dua kes tersebut.

"Walaupun kita boleh membuat keputusan untuk membuat dakwaan tetapi suruhanjaya merasakan, adalah lebih baik jika Jabatan Peguam Negara yang membuat keputusan.

"Memandangkan is melibatkan orang kenamaan, adalah lebih baik jika kes ini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kerana mungkin ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan penyiasatan yang dijalankan oleh suruhanjaya," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan rumah kakitangan SPRM, di sini.

Read more...

URUTAN DETIK ISU GAMBAR BOGEL ELIZABETH WONG

Tuesday, February 17, 2009


EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, yang diasak dalam kontroversi berikutan penyebaran gambar bogel beliau, pagi tadi menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan.

Berikut urutan peristiwa isu ini sejak Isnin lalu.

17 FEBRUARI, 5.30 PETANG Polis mengambil keterangan daripada Elizabeth Wong di pejabat peguamnya di Petaling Jaya.

17 FEBRUARI, 4.30 PETANG Anwar juga meminta Elizabeth Wong supaya bercuti buat sementara waktu dan mengkaji semula keputusannya.

17 FEBRUARI, 2.30 PETANG Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan meminta Elizabeth Wong bercuti dan mengambil rehat sewajarnya. Khalid akan menghadap Sultan Selangor dan mendapatkan pandangan baginda.

17 FEBRUARI, 2 PETANG PAS Selangor mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu Elizabeth Wong. Kenyataan PAS Selangor menekankan keperluan aspek moral di kalangan pemimpin PKR.

17 FEBRUARI, 11.30 PAGI Elizabeth Wong mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR dengan mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN dan juga Exco Kerajaan Selangor.

ANTARA 10 MALAM, 16 FEBRUARI dan 2 PAGI, 17 FEBRUARI Mesyuarat membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin membincangkan opsyen mengendalikan kes Elizabeth Wong termasuk kemungkinan beliau meletakkan jawatan.

16 FEBRUARI, ANTARA 9 HINGGA 11 MALAM Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan mesyuarat di kediamannya di Shah Alam membincangkan isu Elizabeth Wong.

16 FEBRUARI, 9 MALAM Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan Elizabeth Wong dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Exco dengan cekap dan berkesan.

16 FEBRUARI, 3.30 PETANGElizabeth Wong mengeluarkan kenyataan rasmi secara terbuka mengaku bahan yang disebarkan adalah gambarnya dan telah menjadi mangsa kejadian pihka tertentu dengan privasi beliau diceroboh.

16 FEBRUARI BEBERAPA akhbar menyiarkan laporan gambar seorang ADUN dalam keadaan berbogel.

15 FEBRUARI, 11 MALAM Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong membuat laporan di Balai Polis Damansara mengenai gambarnya disebarkan menerusi internet dan MMS.

Read more...

Lagi Laporan Polis Terhadap Karpal Yg Biadap

Friday, February 13, 2009



Gelombang Bantahan Rakyat…….Pengerusi DAP, Karpal Singh Terus Dikecam Apabila Hampir 2,000 Ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Selangor Berarak Secara Aman Mengutuk Tindakan Karpal Yang Mencabar Kedaulatan Raja Melayu. Perarakan Yang Bermula Dari Bangunan UMNO Selangor Sejauh 1.5 Kilometer Itu Berakhir Di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Selain Berarak Satu Laporan Polis Juga Dibuat Terhadap Karpal Oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, YB Shukor Idrus. turut hadir Naib Ketua Bahagian Umno Kota Raja Saudara Raof, Naib Ketua Pemuda Umno Kota Raja Saudara Hafiz Saribin serta Ahli Pemuda Umno Bahagian Kota Raja..turut kelihatan Ketua Puteri Umno Bahagian Kota Raja Pn Suhaila..

Read more...

Pemuda Umno Kota Raja Sertai Pemuda Selangor, Wilayah Rancang Siri Demonstrasi Terhadap Karpal

Wednesday, February 11, 2009


Kuala Lumpur –- Pemuda UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan akan terus mengadakan siri demonstrasi selagi Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak memohon maaf secara terbuka serta menghentikan kebiadapannya terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin yang menjadi jurucakap berkata demonstrasi yang diadakan hari ini adalah permulaan bagi banyak lagi demonstrasi yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Tegasnya tindakan segera mesti dikenakan terhadap kebiadapan Karpal ini kerana jelas perbuatannya telah mengundang perasaan marah bukan sahaja kepada orang Melayu malah seluruh rakyat di negara ini yang menjunjung prinsip Rukun Negara.

Hampir 1000 Pemuda Selangor dan Wilayah Persekutuan berarak ke pejabat Karpal hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut kumpulan berkenaan turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini. turut hadir ketua pemuda umno bahagian kita saudara Nur azman Anuarul Perai bersama ahli pemuda bahagian

Read more...

Exco Perak membariskan empat muka baru, dua muka lama

Tuesday, February 10, 2009


SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (duduk, tengah) dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah (duduk tiga, kiri) bergambar bersama Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang baru (berdiri, dari kiri) Dr Mah Hang Soon, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin selepas majlis penyampaian watikah pelantikan di Istana Iskandarian hari ini. Turut sama Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (duduk dua, kiri). -fotoBERNAMA

Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang baru, yang terdiri dari dua muka lama dan empat muka baru, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini pagi ini.
Mereka terdiri dari dua bekas Exco, Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong) dan Datuk Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan).
Empat muka baru pula terdiri daripada Ketua Pemuda MCA Perak, Dr. Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang), Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Padzi Paharudin (ADUN Sungai Manik), Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat) dan Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting).
Kesemua mereka menandatangani watikah pelantikan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani.
Jumlah exco yang diumumkan hari ini adalah jauh lebih kecil berbanding 10 orang sebelum ini.
Ramly, 52, merupakan Exco yang paling berpengalaman yang telah memegang jawatan itu pada 1995 sehinggalah kerajaan negeri Barisan Nasional dikalahkan pada pilihan raya umum Mac 2008.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri itu adalah lulusan Universiti Malaya dalam bidang "South East Studies" dan pernah bertugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Manjung dan juga sebagai Penolong Pegawai Daerah bagi Taiping dan juga Pengkalan Hulu.
Beliau bertanding kali pertama pada pilihan raya umum 1995 bagi kerusi DUN Manong dan telah dilantik sebagai Exco Pertanian negeri dan selepas itu memegang pelbagai jawatan Exco termasuk Pembangunan Industri, Penerangan, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Sementara itu, Saarani, yang pernah memegang jawatan Exco Penerangan dan Pembangunan Luar Bandar, merupakan Ketua Umno Lenggong dan juga Anggota Jawatankuasa Perhubungan Umno Perak.
Bagi muka baru, Ketua Pemuda MCA Dr Mah Hang Soon, 44, adalah seorang pakar kardio lulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Zahir, 41, pula merupakan bekas pengurus korporat Universiti Teknologi Petronas yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Wales dan Sarjana Muda Undang-undang Universiti of Leeds, England.
Beliau juga pernah bertugas sebagai pegawai perancang korporat Mara Holding.
Hamidah, 48, pula merupakan satusatunya exco wanita adalah Ketua Wanita Umno Gopeng dan berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). BERNAMA


BARISAN EXCO PERAK
1) Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat)
2) Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong)
3) Dr. Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang)
4) Datuk Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan)
5) Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting)
6) Zainol Fadzi Paharudin (ADUN Sungai Manik)

Read more...

3,000 penyokong BN berhimpun tanda sokong Sultan Perak

Monday, February 9, 2009


PETALING JAYA: Kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pagi tadi mengadakan demonstrasi secara aman di Ipoh bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, demonstrasi selama sejam bermula pukul 10.30 pagi itu diadakan di belakang sebuah hotel dan diterajui oleh Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPM).
"Selepas perhimpunan itu, Ketua Umum BBPM, Osman Bakar menghantar memorandum sokongan tersebut kepada Istana Kinta untuk diserahkan kepada Tuanku Sultan.
"Memorandum tersebut menyatakan taat setia kepada Tuanku dan agar keluhuran perlembagaan dan Rukun Negara dihormati oleh rakyat Malaysia seluruh negara," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini
Himpunan ini diadakan selepas sekumpulan inidividu dipercaya penyokong Pakatan Rakyat mengadakan protes ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru kelmarin.
Situasi politik di Perak kini sedang bergolak apabila Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf kerajaan baru BN yang secara rasminya kembali 'merampas' negeri itu setelah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Jumaat lalu.
BN berjaya mengambil alih pentadbiran 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu selepas tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bebas daripada Pakatan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.
Khamis lalu, Sultan Azlan Shah memutuskan baginda tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan dan meminta Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah yakin Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan ADUN.
Bagaimanapun, Mohammad Nizar sehingga hari ini masih enggan melepaskan jawatan itu kerana menganggap beliau masih secara sah menjawat jawatan Menteri Besar di bawah peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya Jumaat lalu berkata, pihaknya akan memfailkan satu saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar yang baru dari BN.
Dalam pada itu, berhubung tarikh baru mesyuarat BN negeri yang dijadualkan semalam tetapi dibatalkan di saat-saat akhir berikutan Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat hadir, Ramly berkata, ia masih belum diputuskan.

Read more...

Anggota Parlimen Bukit Gantang Dari PAS Meninggal Dunia

IPOH, 9 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung, menurut abangnya Ahmad Najmi.

Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan merasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.

Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia, kata Ahmad Najmi kepada Bernama di sini.

Roslan, 50, yang merupakan pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, meninggalkan seorang isteri Sofiah Husein dan 10 anak yang berusia antara sembilan dan 23 tahun.

Lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara serta Open University Malaysia.

Sementara itu, Sofiah, 50, yang ditemui di Hospital Batu Gajah, berkata jenazah suaminya dijangka dikebumikan pada 6 petang ini di kampung Allahyarham di Changkat Larang, Lahat, dekat Batu Gajah.

Pensyarah Institut Perguruan Ipoh itu berkata sebulan lepas, suaminya pernah pengsan semasa berada di Taiwan dan setelah menjalani pemeriksaan, doktor mendapati jantung Allahyarham besar dan kurang oksigen.

"Dia patut pergi check-up tetapi arwah pergi ke Gaza, Palestin dan hingga hari ini tak buat apa-apa pemeriksaan kesihatan," katanya kepada pemberita.

Anak perempuan Roslan, Norfatimah Zahra, 21, berkata bapanya keluar rumah untuk mencuci kereta pada 10 pagi ini.

Ketika ditemui pemberita di rumah mayat hospital berkenaan, Norfatimah Zahra berkata beliau mendapat maklumat bapanya jatuh pengsan setelah menunggang basikal untuk ke farmasi dan dibawa ke Hospital Batu Gajah sejam kemudian.

Norfatimah Zahra berkata pada hujung minggu baru-baru ini, mereka sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands selama dua hari dan pulang petang semalam.

"Ayah sihat dan mungkin kerana kurang rehat selepas bercuti dan sekembalinya dari Cameron Highlands petang semalam, dia dipanggil untuk menghadiri majlis di kediaman rasmi Menteri Besar Perak," katanya.

Beliau berkata bapanya hanya tiba di rumah pada 1.30 pagi ini.

-- BERNAMA

Read more...

Perasmian Cawangan Kampung Bukit Lanchong Tengah

Sunday, February 8, 2009


Umno Bahagian Kota Raja mengorak langkah kehadapan dengan wujudnya satu lagi cawangan iaitu Cawangan Bukit Lanchong Tengah pada 6hb February 2008 bertempat di kampungku cafe sekyen 28 shah alam. Cawangan bukit lanchong tengah juga telah berjaya melakukan tanggungjawab yang pertama iaitu memilih ahli jawatankuasa tertakluk kepada fasal 18.2(17.5.5) bagi tahun 2008-2011..
turut hadir ialah timbalan ketua bahagian Hj. Kamal Ariffin b. Kainin, naib ketua bahagian Mohd Abdul Raof b. Mokhtar, setiausaha bahagian Che Azman b. Ismail, ketua pemuda bahagian nur azman anuarul perai dan naib ketua pemuda bahagian mohd hafiz saribin..

Read more...

PR diketuai Boneka DAP Nizar KHIANATI RAJA MELAYU

Thursday, February 5, 2009


PR jika amati ucapan Wan Azizah dan Anwar pada Kongress PKR baru-baru mengatakan bahawa mereka akan meletakkan Institusi Raja-Raja Melayu di atas ,ditempat yang selayaknya.

Itu baharu beberapa bulan yang lalu, hari ini apabila bola tidak berada dikaki mereka. Apabila kehendak mereka tidak dikuti oleh Sultan, maka mereka sewenang-wenangnya menidakkan TITAH Sultan!

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sudah bertitah tidak memperkenan tuntutan PR diketuai oleh Nizar (boneka DAP) untuk membubarkan sidang DUN.

Titah tersebut tidak dituruti oleh Nizar dan Pakatan Rakyatnya diterajui Anwar. Beliau terus berdegil untuk bergayut didahan yang rapuh dan mencemar Institusi Di Raja Melayu.

Kita sedia maklum bahawa beliau baharu sahaja memegang tampuk kepimpinan negeri sebagai MB. Belum panas pun lagi. Kereta Camry yang tidak sampai pun sebulan dibeli belum puas digunakan, TETAPI kerosakan yang beliau telah buat ke atas MELAYU PERAK amat besar.

Beliau sewenang-wenangnya menganugerahkan tanah-tanah kampung baru sehingga 999 tahun!

Apa yang beliau buat ternampak membelakangkan bangsanya sendiri dan memberikan sebanyak mungkin ruang bagi DAP untuk memanipulasi kepimpinan beliau sebagai MB Perak.

Sewajarnya Sultan tidak membubarkan Dun Perak dan memberikan peluang kepada BN untuk menerajui Perak semula.

Daulat Tuanku.

Daulat Tuanku.

Daulat Tuanku.

Read more...

Datuk Dr Zamby MB baru Perak dan Kronologi politik Perak

kemaskini 8pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar Perak yang baru.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Subang malam ini.

Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai menteri besar kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.

Beliau berkelulusan PhD dalam bidang politik dan merupakan bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Dr Zambry dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok.

kemaskini 6.26pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang.

Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan berlangsung esok.

Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut mulai 7 malam ini seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tengah hari ini berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang mengadakan sebarang perhimpunan di negeri itu.

kemaskini 6.13pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri."

kemaskini 5.52pm Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.

kemaskini 5.01pm Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.

Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.

kemaskini 4.55pm Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut.

kemaskini 4.50pm Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .

Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.

Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.

Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di kediaman menteri besar seawal 7 malam ini.

kemaskini 4.40pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.

Beliau juga berkata, Speaker DUN telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun-adun Pakatan yang keluar parti.

Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.

Oleh itu, katanya, majoriti BN (sekarang) mungkin tidak sah.

"Kita tidak menolak titah Sultan, cuma kita merayu Sultan (agar) mengikut ketetapan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak," katanya.

Mohammad Nizar berkata bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau dititahkan supaya meletak jawatan dan baginda juga tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, lapor Bernama.

"Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan'," katanya.

kemaskini 4.05pm Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.

Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera.

Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.

kemaskini 3.28pm Speaker DUN V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.

Lobi agar mereka meninggalkan Pakatan Rakyat bermula sejak selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas.

kemaskini 3.20pm Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.

Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.

Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan.

Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.

kemaskini 2.33pm Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

kemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

kemaskini 2pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang.

Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.

kemaskini 1:33pm Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.

Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

kemaskini 1:30pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.

kemaskini 1:26pm Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan perhubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh.

Beliau kelihatan masuk sejurus selepas tengah hari ini.

kemaskini 11:54pm Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN.

"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.

kemaskini 11:48pm Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.

kemaskini 11:00pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.

Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.

Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.

'Situasi tidak menentu'

Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.

Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.

Read more...

'Tarik Tali' Ahli Politik, Rakyat Juga Yang Kecewa

Sunday, February 1, 2009

Adegan 'tarik tali' dan percaturan politik di negeri Perak kini bertambah menarik. Penulis ingatkan kekusutan politik di negeri itu hanya melibatkan mantan Pengerusi Felcra yang kecewa kerana tidak dilantik semula dan kemudiannya melompat ke parti PKR.

Inilah bahananya jika seseorang ahli politik yang berpoligami berasa kecewa atau sudah hilang periuk nasinya terutamanya jika tertekan untuk melayan kerenah dan permintaan isteri-isteri mereka.

Dan rupa-rupanya, kekusutan itu diikuti dengan adegan 'letak jawatan - nafi letak jawatan' 2 ADUN PKR. Dan nama Anwar Ibrahim terselit di dalamnya. Dan yang menariknya ialah adegan mantan Felcra adalah sebahagian daripada episod drama politik negeri Perak ini.

Penulis tidak mahu menyebut 'harga' seorang ahli politik jika mahu melompat ke parti PKR tapi penulis pasti ianya cukup untuk menanggung keturunan-keturunannya jika beliau pandai invest wang tersebut dengan betul!

Satu soalan, di manakah datangnya wang yang sebegitu banyak? Sedangkan di Pilihanraya kecil Permatang Pauh, parti PKR menagih sumbangan dan derma daripada ahli-ahli dan orang ramai.

Yang pasti, pihak yang paling kecewa di dalam isu ini ialah rakyat. Rakyat diibaratkan seperti sebiji bola yang ditendang kiri dan kanan oleh ahli-ahli politik parti PKR dan mereka tidak ambil kisah langsung.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP