Kalau Ulama Besar Pun Anwar Boleh Kelentong, Inikan Pula Rakyat Biasa

Wednesday, June 22, 2011

KUALA LUMPUR 22 Jun – Melakukan pembohongan sudah menjadi kebiasaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembohongan yang dilakukannya bukan sahaja kepada rakyat malah turut membabitkan tokoh ulama besar seperti Syeikh Yusof Al Qardawi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron berkata pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin adalah bukti jelas bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik peribadinya.

“Jika tokoh agama seperti Yusof Al Qardawi boleh diperdayakan oleh Anwar, inikan pula rakyat biasa, lagi mudah untuk dia berbohong dengan pelbagai pembohongan untuk mendapat sokongan dan simpati rakyat.

“Memang Zul yang memberi taklimat kepada Yusuf al Qardawi, tetapi semua itu adalah perancangan Anwar supaya menunjukkan dirinya difitnah seperti yang didedahkan Zul kelmarin,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Zulkifli bagaimana beliau terpaksa berbohong ketika bertemu Yusuf Al Qardawi bagi membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa konpirasi politik untuk menjatuhkannya.

Idris yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka seterusnya menyifatkan pendedahan itu adalah satu lagi pembohongan Anwar dengan menggunakan nama Yusuf Al Qardawi untuk memperdayakan rakyat negara ini bahawa tokoh agama itu menyokongnya.

“Anwar menggunakan Yusuf Al Qardawi untuk menyebelahinya kerana beliau adalah ulama besar, sering menjadi tempat rujukan apabila membabitkan isu agama, dengan mempergunakan ulama itu, Anwar dapat meraih simpati daripada rakyat,” katanya.

Menurutnya, rakyat negara ini perlu sedar bahawa betapa liciknya Anwar untuk menunjukkan dirinya bersih dan tidak bersalah sehingga sanggup mempergunakan tokoh agama untuk kepentingannya.

Idris berkata apa yang berlaku itu perlu dijadikan iktibar supaya tidak terpedaya dengan tindak tanduk Anwar. -MediaUMNO.

Read more...

Kes Liwat Anwar Diketahui Isnin Ini

Saturday, May 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.

Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Peguam utama Anwar Karpal Singh, ketika dihubungi Bernama, berkata beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapka persediaan jika Anwar diperintah membela diri.

“Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan,” kata Karpal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Sungguhpun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac, 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.

Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Feb tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.

Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.

Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.

Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA “lelaki Y” didapati di dubur Mohd Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar.

Read more...

Fatwa Baru Nik Aziz Pertahan Anwar Ibrahim – TPM

KUANTAN, 14 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat sebagai satu lagi fatwa baru yang dibuat berdasarkan kepentingan politik semata-mata.

“Dia sudah biasa begitu dengan menjawab lebih kepada politik dan bukan ikut hukum yang ada sedangkan ramai pihak yang nak tahu apa yang berlaku berkaitan dengan video seks terbabit.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program bersama warga pendidik dan himpunan badan-badan bukan kerajaan di Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang, Kuantan, hari ini.

Sebelum ini Nik Aziz telah melabelkan sesiapa yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu sebagai tidak akan masuk syurga.

“Sebab itulah pihak berkuasa melakukan siasatan untuk mendapatkan fakta yang sebenarnya sedangkan penting. Ini soal hukum dan semua orang Islam tahu tentang hokum tetapi apa yang penting utk selesai dengan hak. Nyatakan yg benar walaupun ia pahit. Jadi penting bagi kita untuk jelaskan hal ini. Kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik,” tegas beliau.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut memaklumkan berkaitan usaha untuk meningkat kualiti pendidikan di negara ini yang jika dilihat secara keseluruhan menunjukkan tahap pendidikan anak-anak telah meningkat.

“Pendididkan adalah suatu yang amat penting untuk diri, keluarga dan Negara malahan kemajuan negara berkait rapat dengan pendidikan.

“Waktu mula-mula merdeka, lebih 60 peratus masyarakat berada dalam kemiskinan tapi kerajaan Barisan Nasional telah beri tumpuan penuh kepada pndidikan, prasarana dibina, pendidik yang baik dengan sokongan-sokongan lain dan hasilnya kita lihat negara dapat catat kemajuan berganda,” katanya.

Turut hadir bersama beliau ialah Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri K.Devamani. – MediaUMNO

Read more...

PRK Merlimau: AJK UMNO Jasin, Roslan Ahmad Calon BN

Wednesday, February 23, 2011

Ahli Jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau.
Pemilihan Roslan, 44, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 2,000 ahli dan pemimpin UMNO serta parti komponen BN di Bilik Gerakan BN Pekan Merlimau hari ini.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Feb ini.

Read more...

Syed Ibrahim calon BN Kerdau


KERDAU – Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac depan.
Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi, di Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau.
Syed Ibrahim yang dilahirkan di Kampung Kuala Tekal, Temerloh, Pahang mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Temerloh iaitu di Sek Ren Keb Kuala Krau, Sek Men Agama Al-Kahiriah dan kemudiannya di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Syed Ibrahim pernah bertugas sebagai pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah (1993-1996) selain mempunyai pengalaman sebagai guru bahasa Arab di Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh (1997–2000); sebelum menjadi Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut dan kemudiannya menjawat Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau telah bertemu jodoh dengan Sharifah Farunai Syed Ahmad yang juga mempunyai pengalaman sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Darul Naim. Rumahtangga beliau dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Kerusi DUN berkenaan kosong selepas wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya kelmarin.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin yang mewakili BN menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
BN memperoleh 4,135 undi manakala PAS pula meraih 2,520 undi.
BIODATA CALON
Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan
Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar
Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)
Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
Makulmat Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966
Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.
Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim

Read more...

Piagam Barisan Nasional 2010

Monday, December 6, 2010


Kami Pewaris Bangsa, memperakui betapa para Pengasas Negara bersatu hati dan berganding bahu, dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara, dan mencipta prinsip permuafakatan demi kemakmuran bersama.

Hari ini, KAMI ANAK MALAYSIA, Pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan Negara, berteraskan kepada prinsip-prinsipberikut:

PERTAMA, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

KEDUA, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1Malaysia.

KETIGA, meneruskan usaha memajukan ekonomi Negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan Negara dapat dikecapi bersama.

KEEMPAT, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketrampilan serta memastikan pendidikan kebangsaan, menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia demi pengukuhan perpaduan nasional.

KELIMA, meneruskan tradisi membela rakyat, dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastuktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai petanda asas utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.

KEENAM, memajukan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

KETUJUH, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep “Rakyat Didahulukan” sebagai asas pewujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

Inilah ikrar dan tekad kami, Pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.

Read more...

'PERTANDINGAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA Parlimen Kota Raja'

Saturday, August 7, 2010

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP