Angin Ribut Di Taman Sri Lembayung

Monday, March 30, 2009


Angin kuat akibat hujan dan ribut petir sebelah petang pada 27 Mac 2009, telah menyebabkan 15 buah rumah di Taman Sri Lembayung, Shah Alam rosak teruk. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai telah mengetuai Unit Tindakan Khas, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dalam memberi sumbangan makanan dan barang keperluan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Sebahagian dari mangsa-mangsa yang rumahnya rosak teruk telah ditempatkan di Dewan Mediterranean, Taman Sri Muda, Shah Alam buat sementara waktu.

Sumbangan telah diberikan di rumah-rumah mangsa dan turut disaksikan oleh para penduduk Taman Sri Lembayung. Mangsa-mangsa kejadian amat terharu dengan sumbangan yang telah diberikan. Salah seorang daripada mangsa, Sharil Mohd Nor, berkata sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keperluan mereka. Turut hadir semasa pemberian sumbangan ialah Naib Ketua Pemuda Bahagian, Mohd Hafiz Saribin, Pengurusan serta barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Read more...

Gambar-gambar sekitar pertandingan bowling tertutup antara ketua-ketua Pemuda Umno Cawangan Bahagian Kota Raja

Sunday, March 22, 2009

Read more...

PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP ANTARA KETUA-KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN BAHAGIAN KOTA RAJA

Thursday, March 19, 2009

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan
Bahagian Kota Raja

Saudara yang dihormati sekelian,

PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP ANTARA KETUA-KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN BAHAGIAN KOTA RAJA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Biro Sosial Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja akan menganjurkan Pertandingan Boling Tertutup Antara Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan. Butirannya adalah seperti berikut;

tarikh : 20 Mac 2009
masa : 8.00 malam
tempat : Bowling Megalanes, Tingkat 4, Plaza Alam Sentral Shah Alam


Sebarang pertanyaan berkenaan Program
ini bolehlah ditujukan kepada Sdra. Suhardhani Tuban (H/P: 012-3855067), Sdra. Mohd Daud Che Rose (H/P: 016-
3197578), Sdra. Abdul Aziz Hamzah (H/P: 019-6080800) dan Sdra. Ahmad Shahrin Mad Aros (H/P: 016-2701815)

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP