Komunis Tiada Tempat Di Malaysia

Wednesday, May 27, 2009

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) - Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini kerana dosa mereka membunuh beribu-ribu rakyat Tanah Melayu pada ketika itu tidak boleh dilupai, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sehubungan itu beliau meminta pemimpin yang melahirkan perasaan positif terhadap bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas dan tidak berlindung di belakang tabir parti politik masing-masing.

“Komen saya mudah, Chin Peng dan para komandonya yang bunuh ramai orang dahulu sekali-kali tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan 1Malaysia kepada para pegawai kanan kementerian itu di Angkasapuri di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Parti Gerakan Pulau Pinang supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia atas sebab kemanusiaan.

Rais juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar tidak terburu-buru mengikuti dan meminati pembaharuan yang dibuat sesetengah pihak khususnya penulis blog yang cuba mendewa-dewakan fahaman komunisme.

“Komunis telah mendera negara ini dan kita telah dibelenggu melalui pembunuhan dan pelbagai tindakan dahsyat, ribuan yang telah mati di tangan komunis sudah cukup bagi kita untuk insaf supaya kita tidak keluarkan sesuatu yang menyamarkan fikiran kita terhadap satu rejim yang begitu dahsyat ketika dulu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang cuba memberi gambaran positif terhadap komunis, Rais berkata beliau akan membawa perkara itu pada mesyuarat kabinet nanti.

“ISA bukan di bawah bidang tugas saya, tetapi saya sedang berurusan dengan menteri berkenaan supaya dia juga bersiap siaga melihat kecenderungan seperti ini.

“Apa-apa maklumat yang kita miliki kita akan sampaikan kepada pihak berkuasa pada mesyuarat jemaah menteri minggu ini kerana didapati ada beberapa blog yang sudah mula muncul seolah-olah beri pujian melahirkan perasaan nostalgia kepada komunisme serta angkara yang mereka lakukan,” katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia atas sebab kemanusiaan memandangkan keganasan komunis sekitar tahun 50-an tidak lagi diamalkan dan komunisme di seluruh dunia termasuk di China serta Rusia juga sudah mengalami transformasi.

Read more...

Anggota Umno Digesa Guna Semua Media Untuk Raih Semula Sokongan Melayu

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Anggota-anggota Umno digesa agar menggunakan semua bentuk media sebagai alat untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Ketua Penerangan Umno Malaysia Ahmad Maslan berkata anggota Umno perlu menggunakan kelebihan-kelebihan pada media cetak dan elektronik dalam mendekati rakyat untuk seterusnya mencapai objektif mengukuhkan semula parti itu.

"Ini adalah strategi permulaan. Kita kena bermula pada tapak tertentu. Jika tidak berjaya, kita akan 'revise' semula strategi kita," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan taklimat kepada lebih 30 orang ahli Jawatankuasa Penerangan Umno Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata selain berusaha bersungguh-sungguh dalam menyampaikan agenda perjuangan parti itu, pemimpin Umno juga perlu kreatif bagi menarik minat rakyat terutamanya golongan muda terhadap parti itu.

Read more...

Friday, May 15, 2009

Read more...

Tidak ada kerajaan efektif di Perak?

Wednesday, May 13, 2009

IPOH: Tidak sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam, krisis politik Perak yang dilihat belum menemui jalan penyelesaian, memasuki bab baru tengah hari tadi.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) berjaya dalam usahanya untuk menagguhkan keputusan semalam sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak.

Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran keputusan semalam, Zambry berkata, beliau mengosongkan Pejabat Menteri Besar dan tidak hadir majlis kurnia pingat di Istana Iskandariah pagi tadi sebagai tanda hormat keputusan semalam.

Sambil menegaskan mahu menjalankan tugas Menteri Besar seperti biasa mulai hari ini dan memasuki pejabat pagi esok, Zambry memberitahu, "dalam kes ini bukan saya yang saman Nizar, Nizar yang mempertikaikan status saya."

Beliau memberi gambaran statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan.

Sejam selepas sidang media itu, Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat pula mengadakan sidang media di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan bangunan SUK.

Antara lain Nizar memberitahu, perkembangan hari ini "menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan."

Ringkasnya kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ini, "mereka memanjangkan" kes ini dengan merujuk ke Mahkamah Rayuan.

Beliau juga memperkatakan ingin mencari penyelesaian muktamad di peringkat menerusi mandat rakyat.

Tegas beliau, krisis politik negeri ini tidak boleh diselesaikan dengan menggunakan mahkamah semata-mata.

Katanya, parti-parti politik negeri ini perlu kembali kepada rakyat untuk memberikan mandat dengan pembubaran - salah satu yang digerakkan oleh Pakatan.

"Kami mohon menghadap Sultan Perak pagi tadi dan seterusnya akan memohon pembubaran DUN," katanya lagi.

Hari ini Exco Pakatan Rakyat dalam tempoh tiga jam pertama meneliti, mempertimbang dan meluluskan 10 perkara.

Ia termasuklah sesi angkat sumpah melibatkan 14 pihak berkuasa tempatan yang mahu diadakan esok, pelantikan ketua kampung dan menurunkan bayaran parkir dari 40 sen kepada 30 sen sejam.

Ia diumumkan oleh Exco Kanan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ngeh Khoo Ham.

Pun begitu ketika ditemui selepas sidang media Nizar petang tadi, Ngeh berkata, "tiada kerajaan efektif di Perak sekarang."

"Kami mempunyai status yang sah sebagai kerajaan tetapi dihalang (rayuan) daripada dilaksanakan dan mereka (BN) bukan kerajaan sah," katanya.

Ketika ditanya sama ada tiada kerajaan negeri langsung yang efektif, "ya, tiada kerajaan efektif."

Beliau senada dengan Nizar sambil mengatakan bahawa Sultan Perak mempunyai peranan dalam mencari penyelesaian.

"Ini peranan (Tuanku) dalam persekitaran sekarang," katanya.

Terdahulu, Zambry bertegas akan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak seperti biasa mulai hari ini manakala Nizar yang kembali ke jawatan itu selepas 96 hari 'berehat' mengosongkan pejabatnya petang ini.

Nizar dan barisan Exconya seramai tujuh keluar dari bangunan SUK pukul 2.30 petang sebagai tanda menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

"Kami telah mengambil keputusan untuk keluar pukul 2.30 petang tadi dan kami hormati keputusan Mahkamah Rayuan walaupun belum lagi melihat kandungan keputusan lagi.

"Kami tidak mahu nanti ada pihak keluarkan notis minta kami kosongkan pejabat dan tinggalkan bangunan SUK," kata beliau pada sidang media pukul 3.30 petang tadi. Nizar diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai Menteri Besar yang sah.

Selaku Menteri Besar beliau telah mempengerusikan mesyuarat Exco malam tadi yang memutuskan untuk menggantung tugas Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Malah pagi tadi beliau mengemukakan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Raja Nazrin Sultan Azlan Shah selain menghadiri majlis istiadat kurnia pangkat selaku Menteri Besar.

Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Exconya pagi esok. Tetapi ia telah dibatalkan petang ini.

Pukul 1.20 tengah hari tadi Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan yang membolehkan Zambry kekal sebagai Menteri Besar sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ramly juga berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Kata Ramly, beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

BN mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.

Read more...

Nizar Adalah Menteri Besar Perak Yang Sah

Monday, May 11, 2009

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini Isnin. ini.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah -- Nizar atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir -- yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik bagi tempoh lebih 100 hari, akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan," kata Abdul Aziz dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Feb, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar, yang dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas apabila pakatan pembangkang memenangi 31 kerusi pada pilihan raya umum ke-12, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan Menteri Besar.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Read more...

Tahniah Umno

Read more...

Tamat DRAMA hari ini. Isnin tunggu MAHKAMAH pulak.

Friday, May 8, 2009




Read more...

Isu Semasa Pemuda: Pendekatan Strategik, Pemuda Umum 28 Biro, Sekretariat Dan Unit

Tuesday, May 5, 2009


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan 28 biro, sekretariat dan unit sebagai satu pendekatan perubahan strategik pergerakan itu bagi menarik golongan muda tanpa mengira kaum dan agama menyokong Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau pendekatan itu juga berdasarkan lima rukun Pemuda iaitu Berprinsip, Inklusif, Proaktif, Relevan dan Bersatu.
Pada sidang media selepas berakhirnya Majlis Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO selama tiga hari di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, beliau turut menghuraikan kelima-ima prinsip tersebut.

Jelasnya Berprinsip bermakna Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO, agama, bangsa dan negara serta mempertahankan perlembagaan, rukun negara, kontrak sosial dan perkongsian kuasa.

Pemuda Inklusif pula kata beliau adalah dengan memberi fokus kepada usaha bukan saja pada ahli UMNO tetapi juga generasi muda tanpa mengira kaum yang tidak berparti dan tidak menyokong UMNO.

Beliau berkata, Pemuda yang proaktif bermaksud tidak perlu menunggu sebarang arahan untuk menyelesaikan masalah dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan berkesan sebelum ia menjadi krisis yang besar.

Bagi menjadikan Pemuda Relevan pula tambah beliau semua program Pemuda diubahsuai mengikut cita rasa golongan muda dengan menggunakan saluran komunikasi seperti media baru, facebook dan lain-lain.


Sementara yang terakhir prinsip tersebut iaitu Bersatu membawa maksud Pemuda yang bersatu tanpa ada sikap berpuak-puak dan terikut-ikut dengan politik pecah belah.


Berikut adalah senari lengkap Biro, Sekretariat dan Unit yang diwujudkan.

Biro Politik – Khairy Jamaluddin

Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim

Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican

Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan

Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi

Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid

Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak

Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin

Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin

Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang

Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya

Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat

Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling

Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin

Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof

Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh

Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus

Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar

Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli

Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin

Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin

Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki

Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli

Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam

Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz

Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz

Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun

Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman

Read more...

Adun Kota Alam Shah Buat Keputusan Lepas Jawatan 19 Mei Ini

Sunday, May 3, 2009

SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hari ini mengesahkan bahawa beliau sedang memikirkan untuk mengosongkan kerusi itu.

Dalam kenyataan media yang diedarkan oleh isterinya S. Pushpaneela, Manoharan berkata beliau akan mengumumkan keputusannya secara rasmi selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak, pada 19 Mei ini.

"Saya rasa bersalah dan tidak adil kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada pengundi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Kini saya perlu mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat Kota Alam Shah bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan," kata peguam berusia 48 tahun itu.

Dalam kenyataan itu, Manoharan turut meminta maaf kepada pengundi di kawasan itu kerana tidak dapat memberi perkhidmatan secara peribadi kerana ditahan di bawah Akta ISA sejak 2007.

Manoharan, Penasihat Undang-Undang pertubuhan haram Hindraf, bersama empat lagi pemimpin pertubuhan itu telah ditahan di bawah Akta ISA pada 13 Dis 2007.

Bagaimanapun, dua daripada mereka iaitu peguam R. Kenghadharan dan V. Ganabatirau dibebaskan pada 5 April lalu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, Manoharan, yang bertanding atas tiket DAP, memenangi kerusi DUN Kota Alam Shah setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi

Read more...

Senarai EXCO Lantikan Pemuda Umno Malaysia dan Senarai Ketua Pemuda Umno Negeri-negeri

Friday, May 1, 2009


Senarai EXCO Lantikan Pemuda Umno Malaysia

Anis Hisham Abdul Aziz
Pemuda UMNO bahagian Kuala Selangor

Abdul Razak Abd Rahman
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Melaka

Khairul Azwan Dato’ Harun
Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak

Badrol Hisham Haji Zakaria
Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu

Mohd Faizal Hj. Ramli
Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang




Senarai Ketua Pemuda Umno Negeri-negeri


Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis
Mohsin Mohd Yusoff
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Besar


Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
Badrol Hisham Hashim
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap


Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Norman Zahalan
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru


Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak
Maslin Sham Razman
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Kangsar


Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor
Suhaimi Mohd Ghazali
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang


Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan
Rizalman Dato’ Mokhtar
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak


Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan
Mohd Helmy Din
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah


Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka
Karim Yaacob
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Katil


Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor
Mohd Fadil Muskon
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Air Hitam


Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
Abu Jimi Samat
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Lipis


Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu
Saiful Bahri Baharuddin
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Marang


Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan
Anuar Safian
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Kubang Kerian


Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah
Azman Hj Ruslan
-Ketua Pemuda UMNO bahagian Keningau

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP