Pemuda Kumpul Suara Akar Umbi

Saturday, February 27, 2010

Machang, 27 Februari – Pemuda UMNO akan mendapatkan pandangan ahli akar umbi pergerakan itu berhubung tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu wang ihsan Kelantan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata langkah berkenaan selaras dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahukan pandangan daripada ahli UMNO sebelum memutuskan tindakan lanjut.

Menurut beliau, kepimpinan parti tidak seharusnya terperangkap dengan 'permainan' bekas Menteri Kewangan itu kerana ia sengaja dicipta supaya beliau dianggap sebagai hero sekiranya dikenakan tindakan atau dipecat.

“Beliau seolah-olah sengaja mengumpan kepimpinan UMNO agar mengambil tindakan keras terhadapnya termasuk memecat beliau apabila terus mengeluarkan kenyataan mengenai isu wang ihsan.

"Masalahnya, hari ini saya melihat Tengku Razaleigh mungkin mengumpan parti untuk buat sesuatu kepada beliau kerana saya nampak dia tidak akan keluar parti. Dia tidak akan buat kesilapan yang sama dua kali ketika keluar parti dahulu, dia mengumpan kepimpinan parti untuk memecatnya atau dikenakan tindakan kerana mahu dianggap sebagai hero," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada Karnival Belia dan Sukan Negeri Kelantan anjuran Pemuda UMNO Kelantan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini, Jumaat.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Khairy sebelum itu diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang terus mempersoalkan langkah Kerajaan Persekutuan berhubung isu royalti minyak Kelantan.

Semalam, Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau akan menunggu pandangan ahli-ahli UMNO terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan lanjut.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), seterusnya berkata, apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh bertentangan dengan prinsip dan pendirian parti berhubung wang ihsan itu.

“Ia bukan soal pendirian atau diskriminasi tetapi soal prinsip parti yang telah membuat keputusan berhubung isu pembayaran tunai. Kepimpinan perlu bijak membuat keputusan. Dari satu sudut kalau kita ambil tindakan dia akan ambil kesempatan.

"Tetapi kalau tidak (dikenakan tindakan), dia akan terus mengeluarkan kenyataan serta menjadi duri dalam daging," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Khairy secara peribadi menyokong penuh agar cadangan pelaksanaan sistem keahlian terbuka BN dipercepatkan bagi menambah sokongan dan semua pihak tidak perlu bimbang dengan sistem tersebut kerana bertujuan meningkat keahlian parti.

“Secara peribadi, saya menyokong penuh dan melihatnya satu kebaikan kepada BN. perkara ini akan dibincangkan secara mendalam pada mesyuarat Exco Pemuda UMNO dan mesyuat Pemuda BN untuk kenyataan rasmi kita,” katanya

Read more...

Majlis perjumpaan Tn. RS Maniam, Ketua MIC bahagian Kota Raja merangkap Penyelaras BN Parlimen Kota Raja bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota

Tuesday, February 2, 2010

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP