Inikah kerajaan Selangor yang diharapkan oleh rakyat Selangor??

Wednesday, January 28, 2009


Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap. Kalau dahulu semasa belum menjadi kerajaan habis tepi-tepi kain orang disingkap dan mencari keburukan orang dan kononnya mereka lah yang paling bersih. Merekalah penyelamat rakyat. Hanya mereka sahaja yang tidak korupt, maklumlah kuasa tiada di tangan mereka.

Kini bila kuasa berada ditangan mereka, mungkin kita yang tersilap yang telah memberikan mereka kuasa, apa yang ada di hadapan mata semua di sapunya. Baru 3 bulan menjadi pemerentah di Selangor, Pegawai Khas Menteri Besar Selangor yang merupakan orang kuat PKR sudah mula menyapu kekayaan dengan memberikan tender-tender direct nego kepada rakan taulan yang mana beliau sendiri berkepentingan, mujur cepat terkantoi, jika tidak entah berapa banyak lagi yang akan disapunya.

Baru setahun memerentah, sudah mula membazir wang rakyat dan berselera tinggi, tidak mahu naik kereta Malaysia wlaupun kereta berkenaan masih baru dan cantik, mereka mahu naik kereta import dan akhirnya duit rakyat terbang berjuta-juta ringgit kerana mereka mahukan keselesaan. Wang sebanayk itu septutnya boleh digunakan untuk kabajikan rakyat.

Kini yang terbaru, lembu untuk korban pun gunakan duit kerajaan, lembu pun nak tipu, sudahlah songlap lembu menggunakan duit kerajaan negeri Selangor. Menteri Besar cuba menipu lagi dan menafikan duit itu bukan duit kerajaan Selangor. Mereka lupa dalam kerajaan Selangor pun sudah ramai kakitangan yang dah meluat dengan kerajaan baru. Mereka telah memberikan bukti sehingga MB Selangor kini tidak terkata-kata lagi.

Khalid ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa dia hebat dia punya kewibawaan mempimpin. Sebenarnya Khalid juag kuda kepada DAP, jelas apabila dia mahu membuka penyertaan UITM kepada bangsa asing baru-baru ini. Banyak Universiti lain lagi kenapa UITM yang disakiti hatinya dan mahu menutup peluang anak melayu kerana itu saja satu-satu Universiti yang memberikan peluang kepada anak Melayu secara total. Yang menariknya perkara yang dicampuri beliau sebenarnya bukan dalam bidang tugas beliau, saja nak sibuk-sibuk mencampuri urusan pihak lain.

Jika babi dahulu menjadi tentangan pihak pembangakng dan tidak terbela, kini Khalid yang menjadi kuda tunggangn DAP membela nasib babi. Satu kemenangan kepada babi kerana kerajaan PKR memberikan perhatian yang istimewa. Janji-jani pada pilihan raya dahulu masih banyak yang tidak ditunaikan oleh kerajaan ini, mereka sibuk pula dengan mengejar projek-projek baru untuk mengisi tabung persendirian mereka. Apa yang dapat kita rasakan, apakah perubahan ketara di negeri Selangor, sama saja malahan kita merasakan kita kini ada kelas kedua yang tidak diberikan perhatian.

Read more...

Adun BOTA keluar parti masuk PKR

Tuesday, January 27, 2009


Semalam berita gempar tersebar dari sms rakan-rakan mengenai Adun Bota dari BN Dato Nasaruddin Hashim telah keluar dari UMNO dan masuk kedalam PKR.

Ini menjadikan PR di Perak lebih selesa apabila menambah DUN di dalam dewan kepada 32 kerusi manakala UMNO dan BN susut satu kerusi kepada 27 kerusi.

Antara sebab-sebab beliau keluar parti adalah katanya disebabkan masalah peribadi dengan kepimpinan Negeri diterajui Dato Seri Tajol Ghazali dan tawar hati mengenai janji jawatan sebagai Pengerusi Felcra katanya tidak ditepati.







Ternyata Adun Bota ini telah mengkhianati rakyat yang mengundi beliau atas platform beliau sebagai calon BN, dimana beliau telah menang dengan majoriti 2 ribu lebih mengalahkan calon PKR .

JIka beliau benar-benar mempunyai kredibiliti, selayaknya beliau melepaskan kerusi di Dun Bota dan cukup berani untuk mengadakan PRK semula!

Read more...

Program Penyerahan sumbangan Pelajar miskin, anak yatim dan orang kurang upaya(OKU)’

Sunday, January 25, 2009


Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja melalui Biro Sosial telah berjaya mengadakan satu program yang dinamakan ‘Program Penyerahan sumbangan Pelajar miskin, anak yatim dan orang kurang upaya(OKU)’ pada 24 januari 2009 .

Di dalam program tersebut, bantuan beg sekolah dan kupon barangan bata telah diberikan kepada 200 pelajar yang kurang berkemampuan, anak yatim dan pelajar Kurang upaya dari seluruh Parlimen Kota Raja yang menduduki penggal persekolahan 2009 yang baru.

Usaha dan perjuangan Pemuda UMNO Kota Raja untuk membela dan meningkatkan taraf pendidikan anak bangsa Melayu terutamanya di Parlimen Kota Raja ini tidaklah berhenti setakat itu sahaja walaupun kini sebagai pembangkang.

Diharapkan dengan sokongan dan bantuan serta keprihatinan Pemuda UMNO Kota Raja, pelajar dari keluarga kurang kemampuan serta anak-anak yatim dan pelajar kurang upaya ini akan dapat menumpukan perhatian dan usaha mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka kelak.

Read more...

"كتوانان ملايو"

Tuesday, January 20, 2009


Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.


Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.

Read more...

Program Penerangan & Taklimat Agenda Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja

Wednesday, January 14, 2009


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja telah menganjurkan Program Penerangan & Taklimat Agenda Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja kepada Ketua-Ketua Pemuda UMNO Cawangan di dalam Bahagian Kota Raja pada 10 dan 11 Januari 2009 yang lalu, bertempat di Bougainvilla Resort, Port Dickson. Seramai lebih 50 orang Ketua Pemuda Cawangan telah menyertai program tersebut.Tujuannya ialah untuk memberi penerangan kepada Ketua-Ketua Pemuda Cawangan tentang agenda Pemuda UMNO Bahagian dan merapatkan lagi tali persaudaraan dikalangan warga Pemuda Kota Raja. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai harapan Pengurusan Pemuda Bahagian kepada Pemuda diperingkat Cawangan dan harapan Pemuda Cawangan kepada Pengurusan Pemuda diperingkat Bahagian. Perbincangan telah melahirkan kritikan-kritikan secara terbuka dari Pemuda diperingkat akar umbi demi untuk menambah baik lagi kepimpinan Pemuda Bahagian.Program ini dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Bahagian, Nur Azman Anuarul Perai. Turut hadir ialah Penolong Setiausaha, Wan Ahmad Khalid Abdullah, Penolong Bendahari, Ahmad Effendy Jemaat dan Ketua Penerangan Pemuda, Mohd Idris Tormudi.Program Penerangan & Taklimat Agenda Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja ini ditangguhkan oleh Ketua UMNO Bahagian, Tuan Haji Ir. Kamaruzzaman Johari. Pengurusan Bahagian lain yang turut hadir ialah Tuan Hj. Kamal Ariffin Kainin, Mohd Abdul Raof Mokhtar dan Tuan. Hj Ridwan Idar.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP