Program Penyerahan sumbangan Pelajar miskin, anak yatim dan orang kurang upaya(OKU)’

Sunday, January 25, 2009


Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja melalui Biro Sosial telah berjaya mengadakan satu program yang dinamakan ‘Program Penyerahan sumbangan Pelajar miskin, anak yatim dan orang kurang upaya(OKU)’ pada 24 januari 2009 .

Di dalam program tersebut, bantuan beg sekolah dan kupon barangan bata telah diberikan kepada 200 pelajar yang kurang berkemampuan, anak yatim dan pelajar Kurang upaya dari seluruh Parlimen Kota Raja yang menduduki penggal persekolahan 2009 yang baru.

Usaha dan perjuangan Pemuda UMNO Kota Raja untuk membela dan meningkatkan taraf pendidikan anak bangsa Melayu terutamanya di Parlimen Kota Raja ini tidaklah berhenti setakat itu sahaja walaupun kini sebagai pembangkang.

Diharapkan dengan sokongan dan bantuan serta keprihatinan Pemuda UMNO Kota Raja, pelajar dari keluarga kurang kemampuan serta anak-anak yatim dan pelajar kurang upaya ini akan dapat menumpukan perhatian dan usaha mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka kelak.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP