Anggota Umno Digesa Guna Semua Media Untuk Raih Semula Sokongan Melayu

Wednesday, May 27, 2009

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Anggota-anggota Umno digesa agar menggunakan semua bentuk media sebagai alat untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Ketua Penerangan Umno Malaysia Ahmad Maslan berkata anggota Umno perlu menggunakan kelebihan-kelebihan pada media cetak dan elektronik dalam mendekati rakyat untuk seterusnya mencapai objektif mengukuhkan semula parti itu.

"Ini adalah strategi permulaan. Kita kena bermula pada tapak tertentu. Jika tidak berjaya, kita akan 'revise' semula strategi kita," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan taklimat kepada lebih 30 orang ahli Jawatankuasa Penerangan Umno Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata selain berusaha bersungguh-sungguh dalam menyampaikan agenda perjuangan parti itu, pemimpin Umno juga perlu kreatif bagi menarik minat rakyat terutamanya golongan muda terhadap parti itu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP