Sultan Selangor jalani pembedahan jantung di Amerika

Thursday, April 30, 2009


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Amerika Syarikat pagi ini bagi menjalani rawatan jantung di sebuah pusat perubatan terkemuka di negara itu.

Menurut Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Ramli Mahmud, baginda akan menjalani pembedahan injap jantung pada 2 Mei ini di Pusat Perubatan Universiti Stanford, San Francisco.

Ramli memberitahu demikian dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam pagi ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani Lela Bakti turut hadir dalam sidang media itu.

Menurut Ramli lagi, baginda akan menjalani pembedahan selama kira-kira enam jam.

Selepas pembedahan tersebut, katanya, baginda akan menerima rawatan susulan di hospital yang sama selama tiga minggu.

Ramli berkata, Sultan Selangor berlepas ke Amerika Syarikat dari Singapura kerana tiada penerbangan langsung dari Malaysia ke California.

Baginda diiringi adindanya, Tengku Ahmad Shah, doktor pakar daripada Malaysia, ahli Dewan Diraja Selangor dan dua sahabat baginda.

Sepanjang tempoh rawatan baginda, kata Ramli, masjid dan surau di negeri itu diminta mengadakan bacaan Yasin dan doa selamat serta menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat.

Read more...

Apa KATA ANDA

Wednesday, April 22, 2009



Adakah Dasar Ekonomi Baru ciptaan Tun Razak sedang dirungkai satu persatu?

Hari ini PM Najib dipetik oleh STAR SMS Alert:

Menghapuskan syarat 30 % ekuiti Bumiputera di 20 subsektor perkhidmatan

Antara sektor yang terlibat adalah:

-Perubatan

-Guaman

-Pelancongan

-Informasi Teknoloji

Apa kata anda?

Setuju atau tidak Setuju?

The government has removed the 30% bumiputra equity condition in 27 services sub-sectors, with immediate effect.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said that the Government would progressively undertake liberalisation of other services sub-sectors on an ongoing basis.

Among the services sub sectors immediately liberalised were health and social, tourism, business and computer related services, he said.

In a bid to develop Malaysia as an international Islamic Financial hub, the legal profession would be liberalised to allow up to five international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia, Najib said.

Read more...

mesyuarat kedua exco pergerakan pemuda umno bahagian kota raja

Thursday, April 16, 2009




Pada Selasa 14 April 2009 jam 9.00 malam mesyuarat kedua pergerakan pemuda umno bahagian kota raja telah diadakan. Dalam mesyuarat kali ini banyak dibincangkan perbentangan kertas kerja oleh pengerusi biro-biro. mesyuarat di pengerusikan oleh saudara Nur azman Anuarul Prai. mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30pagi

Read more...

Tahniah kepada pemegang-pemegang amanah yang baru

Tuesday, April 14, 2009


Barisan Baru Pegawai Pentadbir Pemuda UMNO Malaysia Mengangkat Sumpah Taat Setia Dan Menyimpan Rahsia Parti Di Hadapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Serta Naibnya, YB Datuk Razali Ibrahim Di Pejabat Pemuda Di Sini, Isnin Petang. Empat Pegawai Baru Terbabit Ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

Read more...

Doa Nga Kor Ming

Tuesday, April 7, 2009

Read more...

Gambar Sekitar Persidangan Pemuda Umno Malaysia

Wednesday, April 1, 2009

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP