'Tarik Tali' Ahli Politik, Rakyat Juga Yang Kecewa

Sunday, February 1, 2009

Adegan 'tarik tali' dan percaturan politik di negeri Perak kini bertambah menarik. Penulis ingatkan kekusutan politik di negeri itu hanya melibatkan mantan Pengerusi Felcra yang kecewa kerana tidak dilantik semula dan kemudiannya melompat ke parti PKR.

Inilah bahananya jika seseorang ahli politik yang berpoligami berasa kecewa atau sudah hilang periuk nasinya terutamanya jika tertekan untuk melayan kerenah dan permintaan isteri-isteri mereka.

Dan rupa-rupanya, kekusutan itu diikuti dengan adegan 'letak jawatan - nafi letak jawatan' 2 ADUN PKR. Dan nama Anwar Ibrahim terselit di dalamnya. Dan yang menariknya ialah adegan mantan Felcra adalah sebahagian daripada episod drama politik negeri Perak ini.

Penulis tidak mahu menyebut 'harga' seorang ahli politik jika mahu melompat ke parti PKR tapi penulis pasti ianya cukup untuk menanggung keturunan-keturunannya jika beliau pandai invest wang tersebut dengan betul!

Satu soalan, di manakah datangnya wang yang sebegitu banyak? Sedangkan di Pilihanraya kecil Permatang Pauh, parti PKR menagih sumbangan dan derma daripada ahli-ahli dan orang ramai.

Yang pasti, pihak yang paling kecewa di dalam isu ini ialah rakyat. Rakyat diibaratkan seperti sebiji bola yang ditendang kiri dan kanan oleh ahli-ahli politik parti PKR dan mereka tidak ambil kisah langsung.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP