Pindaan Perlembagaan UMNO Diluluskan Sebulat Suara

Sunday, October 18, 2009

Kuala Lumpur -- Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan sebulat suara pindaan Perlembagaan UMNO membabitkan tujuh perkara.

Proses kelulusan cadangan pindaan itu yang dibentangkan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengambil masa kira-kira sejam, bermula dengan ucapan pembentangan.

Ketika perhimpunan khas itu diadakan pada peringkat jawatankuasa, beberapa perwakilan bangkit menyatakan pandangan berhubung beberapa perkara, termasuk penetapan RM2 sebagai yuran untuk menjadi ahli UMNO seumur hidup.

Bagaimanapun, selepas mendapat penjelasan Hishammuddin, mesyuarat diteruskan dan semua usul itu diluluskan.

Tujuh pindaan Perlembagaan UMNO itu ialah :


Pindaan 1. Perluasan jumlah pemilih perwakilan. 146,000 akan terbabit dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT).

Pindaan 2. Sistem kuota pemilihan dihapuskan.

Pindaan 3. Tambahan satu wakil Wanita di peringat MT, Bahagian dan cawangan.

Pindaan 4. Pemilihan bahagian diadakan serentak.

Pindaan 5. Yuran tahunan dihapus, diganti yuran seumur hidup. RM2 bagi ahli baru.

Pindaan 6: Ketua-ketua sayap diberi kuasa untuk meluluskan permohonan ahli baru.

Pindaan 7. Taraf perwakilan kepada setiausaha bahagian secara automatik.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP