Siapakah yang berbohong, Nik Aziz atau pun Hadi Awang?

Sunday, June 28, 2009

Persoalan ini timbul apabila Nik Aziz memberikan keterangan mengenai 'kerajaan perpaduan' yang berbeza dengan rakan seperjuangan beliau, Hadi Awang.

Sila rujuk kedua-dua transkrip Nik Aziz dan Hadi Awang di bawah dan kita akan dapati bahawa kedua-duanya telah bercanggah pendapat.

- Nik Aziz menafikan bahawa konsep 'kerajaan perpaduan' tidak pernah dibincangkan tetapi Hadi Awang mengatakan bahawa ianya telah dibincangkan di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat.

- Nik Aziz menafikan bahawa Pas dan Pakatan Rakyat pernah membincangkan konsep ini tetapi Hadi Awang mengatakan bahawa konsep itu disokong oleh Keadilan dan DAP.

- Seperkara lagi, siapakah 'boneka UMNO' yang Nik Aziz maksudkan itu? Shaharuddin Mat Isa dan Adbul Hadi Awang?

Realitinya, mereka berdua yang tampak menjadi penggerak utama kepada konsep 'kerajaan perpaduan'.

Jika ya, Nik Aziz sepatutnya lebih berani menyebut nama-nama 'boneka UMNO' tersebut dan bukannya melemparkan tuduhan yang boleh membusukkan nama-nama rakan seperjuangan beliau di dalam Pas dan Pakatan Rakyat!

- Apakah penyakit 'pinocchio' Anwar Ibrahim sudah menular kepada Nik Aziz ?

1. Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Aziz mengenai kerajaan perpaduan :-

Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

Nik Aziz : Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan dari Pas.

Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju.......tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Nik Aziz : Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

2. Sedutan daripada temuramah Harakah dengan DS Abdul Hadi Awang :-

Harakah : Adakah cadangan Dato’ Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Abdul Hadi : Sebenarnya, ‘Unity Government’ ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan Pas Pusat.

Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah ‘Unity Government’ dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk ‘Unity Government’ yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh Keadilan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP