Dasar Sosial Negara

Sunday, June 28, 2009

Pendahuluan

� Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Matlamat

� Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.

Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Objektif Umum

� Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan wilayah agar dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Objektif Khusus

� Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi. Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati persekitaran fizikal yang baik serta persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.

� Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina.

� Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap kitaran hidup.

Menjana Sinergi Multi Sektor

� Kerjasama di kalangan sektor awam serta di antara sektor awam dan swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama.

� Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat dioptimumkan.

� Dengan usaha ini kita dapat memupuk kesedaran di kalangan pelbagai lapisan masyarakat supaya terlibat secara proaktif dalam proses globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi untuk memajukan diri, keluarga dan komuniti.

Jentera Pelaksana

� Bagi merealisasikan perlaksanaan strategi-strategi di bawah DSN, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan.

� Majlis Sosial Negara adalah badan tertinggi yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan keanggotaan terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial.

� Ketua Setiusaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat akan bertindak sebagai urusetia.

� Di peringkat negeri pula, Majlis Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar/ Ketua Menteri akan memainkan peranan bagi merealisasikan DSN di samping merancang projek-projek pembangunan fizikal.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP